Saturday, February 18, 2012

tangisan di malam hari..18/2/12

baru sebentar tadi aku matikan perbualanku dengan insan bernama ibu,
entah mana silapnya, malam ini dia berduka, terbit air mata, dapatku dengar esakannya,
barangkali sedih dengan dugaan kehidupan di sekelilingnya,
barangkali tiada tempat hendak diluahkan, aku yang setia menjadi pendengar..

'tu je address pejabat mak?wanie ulang ni .....,betul tak'?..
'ar, betullah tu..mak..dari sehari ke sehari ingat nak pergi tempat(universiti) wanie tu'..
'hmm, mak ni..takyah la cakap lagi..macam aritu mana jadinya pun kan,haha'..
'yela, mak....

dalam senyap aku dengar tangisan dia..suasana ceria berubah menjadi sepi..
salah aku ke?..mak,jangan la nangis..kenapa mak nak nangis lak..
tujuan aku tak lain tak bukan ingin memujuk hatinya,sekiranya terguris..
namun, tanpa aku sedari, air mataku laju bercucuran..mataku bergenang..

suaraku sedaya upayaku kawal agar tegar seperti biasa..
'dah ea mak, aish mak ni..tak da ape nak nangesnya'..
'nanti wanie grad jugakan, wanie bawalah mak datang ea?ea ea?'
senyuman palsu sambil menahan sedih ku ukirkan kepipi..

dia luahkan isi hatinya yang terpendam..
baginya tiada siapa lagi yang dia ada..
tiada tempat dia hendak mengadu melainkan anak-anaknya..
makin laju air mataku mengalir..tanpa aku sedar..

bukan sekali dua aku dengar luahannya..
semenjak usianya meningkat, dan sejak pemergian arwah abah..
emosinya makin mudah tersentuh..
barangkali disebabkan kehilangan tempat bergantung..
barangkali disebabkan kehilangan sedikit kekuatan yang dulu menemaninya..

tak mengapa mak, wanie ada dekat sini, sampai bila-bila wanie jadi back up mak
ada akak, ada adik..kami tak kan sekali-kali tinggalkan mak..
miskin macam mana pun, kaya macam mana pun, kitorang tak kan tinggalkan mak sorang-sorang
sampai bila-bila, sampai akhir masa brangkali..Insya-ALLAH..

No comments:

Post a Comment