Ya Allah, ya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
kepadaMu sahaja aku berdoa, padaMu sahaja aku mengharap
tiada Tuhan selain daripadaMu ya Allah,
sesungguhnya aku begitu kerdil di depanMu ya Allah..
sudikah Kau mendengar keluhan perasanku ini,
tentang seorang Ibu, yang ku panggil emak,
seorang wanita, yang begitu ku sanjungi
dari saatku lahir..sampai bila-bila ya Allah
Kau berkatilah dia ya Allah
Kau ampunilah seluruh dosanya, terimalah semua taubatnya ya Allah,
Kau ceriakanlah hari-harinya dengan senyuman ya Allah,
Kau kurniakanlah dia dengan kesihatan tubuh badan ya Allah,
sesungguhnya aku begitu bersyukur ya Allah,
mempunyai seorang ibu merupakan anugerah ya Allah,
tidak tergambar ya Allah, sekiranya satu hari nanti, dia pergi..
TIDAK!! mungkin aku akan manyalahkan dunia
namun ku sedar, semua itu hak Mu ya Allah, sebagai Pencipta
bolehkah Kau tunaikan doaku ya Allah, doa seorang anak,
mohon agar Kau berkati Dirinya ya Allah,
mohon Kau panjangkan umurnya ya Allah,
agar aku sempat membalas jasanya..
walaupun sedikit, namun aku ingin berbakti ya Allah,AMIN.
p/s: nanti tunggu ada kereta, wanie bawak mak pergi Cameron Highlands ea..i love you mum, i always love you
No comments:
Post a Comment